Skip to main content

Malaysia

Mendisplinkan peniaga sempena Tahun Baru Cina

41360571818_295x200.jpg
Skim kawalan harga sempena perayaan Tahun Baru Cina 2013 dilihat berjaya mengekang aktiviti menaikkan harga barang dengan sewenang-wenang.

Pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kuala Lumpur terutamanya mendapati skim itu mampu "mendisiplinkan" peniaga.

Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Abu Samah Shabudin mendedahkan sejak skim itu dikuatkuasakan pada 6 Februari lalu, hanya 10 peniaga dikompaun kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Ikuti laporan Astro Awani.

Must Watch Video