KUALA LUMPUR: Malaysia menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan berniat jahat yang menyalah tafsirkan sokongan politik dan usaha kemanusiaan negara ini terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan pada Ahad menegaskan bahawa pendirian Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuangkan keamanan, keadilan dan kebebasan, selaras dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta undang-undang antarabangsa.
“Sejak merdeka, prinsip asas ini menjadi tunjang dasar luar Malaysia. Kita menentang sekeras-kerasnya penjajahan, pendudukan asing, pelanggaran undang-undang antarabangsa termasuk hak asasi manusia, serta dasar apartheid,” menurut kenyataan itu.
Kementerian menegaskan bahawa sokongan teguh Malaysia terhadap rakyat Palestin demi keamanan, kebebasan, keadilan dan kemerdekaan serta penentangan terhadap pendudukan dan genosid oleh rejim Zionis Israel, adalah selaras dengan prinsip-prinsip yang diiktiraf sejagat.
Malaysia juga memberi jaminan akan terus bekerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam menyokong usaha ke arah keamanan, keadilan, bantuan kemanusiaan, serta penubuhan sebuah negara Palestin merdeka berdaulat berasaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
“Keadilan dan akauntabiliti adalah sangat penting untuk keamanan berkekalan. Rejim Zionis Israel mesti dipertanggungjawabkan atas ketidakadilan yang terus dilakukan terhadap rakyat Palestin dan pelanggaran berterusan terhadap undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan itu lagi.
Dapatkan berita terkini di sini