Skip to main content

Malaysia

Mahkamah tolak petisyen batal keputusan Lembah Pantai

41366707052_295x200.jpg
Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur hari ini  menolak petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lalu bagi kerusi parlimen Lembah Pantai.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan bantahan awal ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk menolak petisyen yang difailkan pengundi, Mohamad Sazali Kamilan.

Mahkamah turut memerintahkan pempetisyen membayar kos 40 ribu ringgit.

Keputusan dibuat Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof.

Pada PRU ke-13 lalu Nurul Izzah menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon bebas Rusli Baba dengan majoriti 1,847 undi.

Must Watch Video