Skip to main content

Malaysia

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini

51615026226_Coronavirus.jpg
KUALA LUMPUR: Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi jangkitan COVID-19 tertinggi dengan 826 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam diikuti Sarawak (221 kes) dan Johor (139 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes yang direkodkan di Selangor, 89.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.


Berikut adalah lima perkara yang dinyatakan beliau menerusi kenyataan akhbar pada Sabtu:

  • 1,680 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
     
  • 73.1 peratus daripada kes tempatan melibatkan rakyat tempatan.
     
  • Tujuh kematian diaporkan, menjadikan kumulatif 1,166 kes.
     
  • Empat kluster baharu dikesan dengan 14 kluster ditamatkan pada Sabtu.
     
  • Tiga daripada kluster baharu membabitkan tempat kerja.
BACA: COVID-19: 1,680 kes baharu, 7 kematian

Must Watch Video