Skip to main content

Malaysia

Liga Super: Selangor FC pesta gol, belasah Kelantan TRW 6-0

KOTA BHARU, 24 April -- Pemain Selangaor FC Mohamad Faisal Abdul Halim (dua, kanan) mengawal bola dari dirampas pemain Kelantan The Real Warriors FC Nik Umar Nik Azizi @ Nik Aziz (kiri) pada perlawanan Kelantan The Real Warriors FC menentang Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pemain Selangor FC Faisal Halim (dua, kanan) mengawal bola dari dirampas pemain Kelantan TRW Nik Umar Nik Azizi @ Nik Aziz (kiri) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. --fotoBERNAMA

KOTA BHARU: Kelantan The Real Warriors FC (TRW) gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila kecundang 0-6 kepada Selangor FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Sejak wisel permulaan, skuad pelawat tampil agresif dengan melancarkan asakan bertali arus ke kubu tuan rumah, manakala Kelantan lebih banyak bergantung kepada serangan balas untuk mencari ruang.

Kelantan hampir mengejutkan pelawat pada minit ke-12, namun rembatan penyerang Muhammad Asraf Aliffuddin dari dalam kotak penalti tersasar di sebelah kanan gawang Selangor.

Selangor membuka tirai jaringan menerusi Kim Jiho yang tenang menyempurnakan peluang dalam kotak penalti selepas kegagalan pertahanan tuan rumah mengeluarkan bola dengan kemas.

Momentum Selangor terus memuncak apabila Flores Moreas meledak dua gol pantas, masing-masing menerusi sepakan penalti pada minit ke-30 sebelum menanduk masuk gol ketiga tiga minit kemudian hasil hantaran lintang dari sebelah kanan.

Bersambung babak kedua, Selangor terus menguasai permainan apabila Kelantan dihukum dengan gol sendiri oleh Alexander Yeoule pada minit ke-58, sebelum Alvin Fortes menambah jaringan kelima lima minit kemudian.

Flores melengkapkan hatrik peribadi pada minit ke-65 untuk gol keenam Selangor, sekali gus menutup perlawanan dengan kemenangan bergaya buat pelawat yang jelas mendominasi sepanjang 90 minit permainan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video