PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memperkenal aplikasi WhatsApp dan platform baharu carian maklumat bagi memudahkan urusan percukaian pembayar cukai.
Ringkasan AI
LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayar cukai boleh mendapatkan pemakluman percukaian, peringatan bayaran, notifikasi berkaitan tunggakan serta pematuhan cukai melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar menggunakan aplikasi Whatsapp yang dibangunkan tersebut.
"Profil WhatsApp yang digunakan oleh LHDN adalah bernama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan menggunakan nombor telefon 03-8911 1000," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, LHDN memaklumkan platform pertanyaan ditambah baik yang dikenali sebagai Tanya HAFY akan menggantikan platform terdahulu iaituTanya@HKC di portal rasmi LHDN.
"Pencarian maklumat ini adalah secara akses kendiri (self-service) yang lebih sistematik, relevan dan efisien," menurut kenyataan itu.
LHDN yakin pengenalan aplikasi WhatsApp HASiL dan Tanya HAFY akan meningkatkan capaian maklumat penting serta memberi nilai tambah kepada pembayar cukai di negara ini.
-- BERNAMA

Ringkasan AI
- LHDN memperkenalkan aplikasi WhatsApp dan platform carian maklumat baharu bagi memudahkan urusan percukaian pembayar cukai.
- Pembayar cukai boleh terima notifikasi percukaian, peringatan bayaran, dan makluman tunggakan melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar menggunakan aplikasi WhatsApp yang diperkenalkan.
- Pengenalan aplikasi WhatsApp HASiL dan platform Tanya HAFY dijangka tingkatkan capaian maklumat penting serta berikan nilai tambah kepada pembayar cukai di Malaysia.