Skip to main content

Malaysia

Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta di Baling

Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta berhampiran tanah perkuburan Cina di Simpang Tiga Tawar, Baling pada Jumaat.
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta berhampiran tanah perkuburan Cina di Simpang Tiga Tawar, Baling pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

BALING: Seorang lelaki berusia 30-an ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta jenis Proton Wira di tepi jalan Simpang 3 Tawar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Baling Superintenden Brandon Anak Richard Joe berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan lelaki yang didakwa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 11.35 pagi.

"Setibanya di lokasi, didapati kenderaan tersebut berkunci, dan terdapat seorang lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia dalam kenderaan itu.

"Pasukan bomba membantu membuka dan mengeluarkan lelaki terbabit. Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah turut menjalankan pemeriksaan di lokasi," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata semakan rekod kesalahan lampau mendapati lelaki itu mempunyai 20 rekod jenayah dan narkotik, manakala kenderaan yang digunakan didapati mempunyai rekod hilang, susulan terdapat satu laporan polis yang dibuat di Pendang.

"Mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement