Skip to main content

Malaysia

Lawatan ke Jepun akan buat Malaysia capai kejayaan tak disangka - Tun Dr Mahathir

81528823023_tunM.jpg
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pertemuan bersama rakan sejawatannya, Shinzo Abe akan menyebabkan Malaysia mencapai kejayaan yang tidak disangka.

Menerusi catatannya di Twitter pada Selasa, Shinzo Abe telah memberikannya masa yang cukup panjang untuk mendengar masalah yang dihadapi di Malaysia.

“Dan dia memberi pengakuan bahawa setakat yang beliau mampu, beliau akan tolong,” tambahnya.


Mahathir turut muat naik dua video sepanjang lawatan kerja tiga hari ke Jepun yang juga merupakan lawatan rasmi pertama selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.


Must Watch Video