Skip to main content

Malaysia

Laporan trafik hari kedua Tahun Baru Cina

41360112721_295x200.jpg
Lebuh Raya Utara-Selatan keseluruhannya setakat ini termasuk trafik di jambatan Pulau Pinang masih lagi lancar.

Begitu laporan yang diberikan oleh Halim Ali, Pembantu Operasi PLUS Malaysia Berhad kepada Astro Awani hari ini.

Menurutnya lagi, lebuhraya di link kedua yang menuju ke arah selatan kelihatan lancar.

Trafik dijangka sesak pada hari Selasa, kerana kebanyakan warga kota akan pulang ke kota pada hari tersebut.

Halim juga melaporkan yang PLUS masih lagi memantau keadaan trafik di lebuhraya- lebuhraya utama sehingga kini.

Akhir sekali, Halim menasihati  para pemandu semua agar mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan oleh PLUS dan berhenti rehat di hentian R & R yang disediakan jika perlu.

Must Watch Video