KUALA LUMPUR:Kegagalan atau culas dalam pematuhan langkah pencegahan dilihat menjadi antara faktor peningkatan kes dan kluster baharu COVID-19.
Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, buat masa ini tiada cara lain untuk mengekang penularan virus ini, kecuali dengan mematuhi langkah pencegahan sedia ada.
"Kalau kita lihat secara retrospektif kepada kesan pendedahan sebelum ini, kita boleh jangkakan kadar sebaran agak meluas berbanding gelombang pertama dan kedua.
"Justeru, kita semua individu dalam masyarakat perlu memahami keadaan ini. Kita tidak mampu melakukan yang lebih lagi berbanding yang disyorkan.
"Kita perlu jaga jarak, pakai pelitup muka dan jaga kebersihan tangan. Bagaimanapun, saya dapati, penggunaan pelitup muka, pematuhannya agak rendah.
"Masing-masing pakai pelitup muka, tetapi biasanya mendedahkan bahagian hidung," ujar Dr Malina ketika dihubungi Astro AWANI.