Skip to main content

Malaysia

Kes baharu COVID-19 melonjak kepada tiga angka, ini intipati penting sidang media KKM

81599300996_NoorHishamCOVID.jpg
Perkembangan terkini mengenai situasi COVID-19 di negara ini menunjukkan lonjakan kes baharu direkodkan setakat 12 tengah hari pada Selasa.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 100 kes baharu dicatatkan hari ini, meningkat berbanding 62 kes pada hari sebelumnya.

BACA: COVID-19: Kes baharu melonjak kepada 100

Berikut intipati penting sidang media hari ini:

1. Kes baharu positif COVID-1 melonjak kepada tiga digit selepas merekodkan 100 kes, 62 kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD).

2. Sebanyak 85 kes merupakan jangkitan dalam negara, sementara 15 kes lagi adalah kes jangkitan import.

3. Sebanyak 12 kes yang telah pulih COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes  pulih sepenuhnya sebanyak 9,136 kes atau 95.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

4. Tiada kematian berkaitan COVID-19, jumlah kematian kekal sebanyak 128 kes atau 1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

5. Nilai Rt atau R naught (Ro) telah meningkat kepada 1.72 di Malaysia, berbanding 0.72 dua minggu lepas.

Must Watch Video