Skip to main content

Malaysia

Jururawat main peranan besar dalam sistem kesihatan negara - Ahmad Zahid

HARI JURURAWAT 2026
Menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, Ahmad Zahid berkata berbekalkan sifat sabar, prihatin dan dedikasi yang tinggi, mereka memainkan peranan amat besar dalam memastikan sistem kesihatan negara terus berfungsi dengan baik. - Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan kepada semua jururawat di Malaysia atas jasa dan keikhlasan yang mereka curahkan demi rakyat serta negara.

Menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, beliau berkata berbekalkan sifat sabar, prihatin dan dedikasi yang tinggi, mereka memainkan peranan amat besar dalam memastikan sistem kesihatan negara terus berfungsi dengan baik.

"Senyuman dan layanan penuh ihsan daripada seorang jururawat sering menjadi kekuatan buat pesakit serta keluarga yang sedang melalui saat sukar,” katanya.

Ahmad Zahid turut mendoakan agar segala urusan jururawat di seluruh Malaysia sentiasa dipermudah dan setiap pengorbanan serta kebaikan yang dilakukan dikurniakan ganjaran besar oleh Allah SWT.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video