Skip to main content

Malaysia

Jumlah daerah catat cuaca panas Tahap 1 di Kedah berkurangan setakat 4 petang

SIK, 30 Mac -- Cuaca panas berlarutan menyebabkan paras air Tasik Beris, di sini menyusut sehingga menjejaskan aktiviti harian, khususnya kepada mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan secara kecil-kecilan di situ.  Pengusaha pusat peranginan, Abdul Rashid Abdullah, 65, berkata situasi cuaca panas ketika ini antara yang terburuk pernah dialaminya sepanjang lebih 25 tahun mengusahakan perniagaan di situ.  Menurutnya, perubahan itu jelas kelihatan apabila kawasan yang sebelum ini diliputi air kini bertu
Jumlah daerah yang mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) di Kedah menyusut kepada tujuh setakat 4 petang ini berbanding sembilan pagi tadi, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jumlah daerah yang mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) di Kedah menyusut kepada tujuh setakat 4 petang ini berbanding sembilan pagi tadi, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan data dikemas kini jabatan itu, daerah Pulau Langkawi dan Kubang Pasu tidak lagi berada dalam senarai tersebut manakala Marudi di Sarawak menjadi kawasan terbaharu diletakkan di bawah status berjaga-jaga.

Tujuh daerah yang masih terlibat di Kedah ialah Kuala Muda, Kota Setar, Baling, Sik, Padang Terap, Pendang dan Pokok Sena manakala seluruh negeri Perlis kekal pada tahap sama.

MetMalaysia turut mengesahkan bahawa tiada kawasan yang mencatatkan gelombang haba Tahap 2 setakat petang ini.

Status berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius manakala Tahap 2 (gelombang haba) merujuk kepada suhu melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius.

Kedua-dua tahap dicatatkan sekiranya suhu berkenaan berlaku bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video