Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Malaysia dan Indonesia cari penyelesaian bersama

71365117579_295x200.jpg
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Prof Dr Balthasar Kambuaya telah memulakan rundingan bagi mencari penyelesaian masalah jerebu.

Ia antara lain sepakat untuk mengheret mereka yang bersalah melakukan pembakaran terbuka ke muka pengadilan.

Menurut Palanivel, Malaysia tidak bertindak melulu dengan hanya menyalahkan Indonesia.

Sebaliknya, mana-mana individu atau syarikat terlibat yang didapati bersalah  tidak akan terlepas daripada hukuman.

Sejak awal minggu lalu, pihak berkuasa Indonesia menahan lapan peladang selepas melakukan pembakaran terbuka secara haram.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.

Must Watch Video