Skip to main content

Malaysia

JAIM kenalpasti syarikat percetakan sebar risalah Syiah

41375158062_295x200.jpg
Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) mengenalpasti syarikat percetakan yang bertanggungjawab mencetak risalah ajaran Syiah di negeri itu.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, sejumlah 10,000 risalah dicetak dan beliau percaya jumlah cetakan melebihi angka itu.

Menurutnya, warga asing diupah pihak tertentu untuk  mengedarkan risalah yang turut mempunyai ayat Al-Quran di kawasan awam termasuk di pusat membeli belah di Ayer Keroh.

Justeru, Rahimin mengharapkan orang ramai yang menerima risalah berkenaan perlu bekerjasama memberikannya kepada Jaim untuk dihapuskan.

Klik pada video untuk laporan sepenuhnya.

Must Watch Video