Skip to main content

Malaysia

Israel serang Iran: Kedutaan Malaysia di Doha saran rakyat Malaysia kekal peka

Malaysian Embassy Doha
Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar, menyarankan rakyat Malaysia yang berada di Qatar untuk terus peka mengikuti perkembangan semasa. - Foto FB Kedutaan Malaysia di Doha

DOHA: Rentetan perkembangan terkini di rantau Asia Barat, Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar, menyarankan rakyat Malaysia yang berada di Qatar untuk terus peka mengikuti perkembangan semasa.

Kedutaan dalam satu kenyataan pada Sabtu menyeru rakyat Malaysia di Qatar untuk mendapatkan maklumat hanya daripada sumber-sumber sahih, termasuk pengumuman rasmi pihak berkuasa Qatar dan Kedutaan Besar Malaysia.

"Elakkan penyebaran maklumat yang tidak disahkan," menurut kenyataan yang dimuatnaik di Facebook Kedutaan itu.

Bagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia melalui talian +974 3374 6733 (kecemasan sahaja) atau melalui e-mel [email protected]

"Rakyat Malaysia yang masih belum berdaftar dengan Kedutaan, pendaftaran boleh dibuat melalui sistem e-Konsular di pautan berikut: https://ekonsular.kin.gov.my/login," katanya.

Terdahulu, Anadolu Ajansi melaporkan bahawa menteri pertahanan Israel berkata Tel Aviv telah melancarkan serangan ke atas Iran.

-- BERNAMA

Must Watch Video