Skip to main content

Malaysia

Irda rintis program pembangunan masyarakat setempat

Bagi memastikan masyarakat setempat mendapat manfaat pembangunan secukupnya Wilayah Iskandar Malaysia (Irda) merintis pelan jangka panjang.

Antaranya, mewujudkan program yang mampu menjadikan mereka lebih bersedia untuk bersaing dan meningkatkan kemahiran diri.

Menurut Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim banyak peluang perniagaan terhasil melalui pelaburan yang dibawa masuk.

Bagaimanapun tegasnya, potensi  masyarakat setempat perlu digilap terutama golongan muda.

Bagi mengikis jurang komunikasi Irda menyediakan kelas Bahasa Inggeris  di Kampung Sungai Melayu Gelang Patah.

Pada masa sama, Irda melancarkan program kesedaran belia bagi melahirkan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan kerjasama universiti dan kolej teknikal.

Dengan kemahiran yang ada lebih banyak peluang wujud untuk masyarakat setempat termasuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sehingga kini Irda mewujudkan 554,000 peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Must Watch Video