Skip to main content

Malaysia

Internet percuma 1GB setiap hari sehingga 31 Disember 2020 - PM

61591344541_DIGITALCONTENT.jpg
Syarikat telekomunikasi akan menyediakan perkhidmatan Internet dengan kapasiti satu gigabait secara percuma untuk semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkhidmatan secara percuma itu akan dinikmati rakyat sehingga 31 Disember 2020.

β€œKerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan perkhidmatan Internet dengan kapasiti satu gigabait secara percuma untuk semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video.

β€œPerkhidmatan ini akan disediakan sehingga 31 Disember 2020.

β€œSelain itu semua pengguna akan dapat mengakses secara percuma tanpa had laman web kerajaan dan aplikasi COVID-19 kerajaan khususnya MySejahtera,” katanya dalam pengumuman Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek di sini, pada Jumaat.

Must Watch Video