Skip to main content

Malaysia

Ini ringkasan sidang media Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar pada 11 Januari 2022

71641886393_TanSriAbuZaharUj.jpg
KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang mengadakan sidang media pada Selasa, sidang media kedua selepas sidang media pertama pada 5 Januari lepas. 

Sidang media tersebut adalah berkaitan isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

BACA SEMUA BERHUBUNG AZAM BAKI DI SINI

BACA: Badan bebas, PDRM perlu siasat kontroversi Azam Baki - Majlis Presiden PH

BACA: Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas

Berikut merupakan ringkasan sidang media beliau pada Selasa, 11 Januari 2022:

Penjelasan Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang
  • Dalam sidang media pada 5 Januari 2021, Abu Zahar mendakwa Kenyataan Media penuh sebanyak 13 halaman muka surat tidak dilaporkan secara menyeluruh sehingga menyumbang kepada salah tanggapan.
  • Terdapat pelbagai isu selain isu berkaitan "alegasi salah laku" terhadap Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki, yang telah diberi pandangan dan pendapat LPPR tetapi tidak disentuh dan dilaporkan media.
  • Abu Zahar mendakwa video berkaitan Sidang Media yang tular, cuma memaparkan sebahagian kecil kenyataan beliau.


SPRM | LPPR puas hati penjelasan Azam Baki



 
  • Sebagai Pengerusi LPPR, beliau sedar dan tahu bahawa LPPR tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan sendiri berkaitan apa-apa salah laku jenayah terhadap mana-mana pegawai SPRM.
  • Abu Zahar dukacita dengan Kenyataan Media 8 Januari 2022 dikeluarkan enam rakan anggota LPPR, yang ingin menjauhkan diri daripada kandungan Kenyataan Media pada 5 Januari itu.
  • Beliau percaya tindakan itu dilakukan atas dasar reaksi tidak popular daripada segolongan pihak dan masyarakat semata-mata kerana tidak dilaporkan dengan tepat dan menyeluruh oleh media.
  • Siasatan berkaitan "alegasi salah laku" terhadap Azam Baki masih terbuka untuk diteruskan oleh mana-mana Agensi yang mempunyai kuasa di atas pendapat dan seliaan daripada Pejabat Peguam Negara.
  • Beliau menyerahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya sebagai Pengerusi LPP dan beliau akan akur dengan keputusan itu.

Komen balas terhadap kenyataan enam anggota LPPR



[TERKINI] Integriti | Pandangan peribadi Abu Zahar, ada cadangan lain


 
  • Beliau mempunyai hubungan baik dengan semua enam rakan anggota LPPR semenjak dilantik menganggotai Ahli Jawatankuasa Penasihat SPRM mengikut Peruntukan Seksyen 13(5)(a) Akta 694.
  • Abu Zahar turut berkongsikan kronologi perhubungan beliau dengan enam rakan anggota tersebut sebelum mereka mengeluarkan kenyataan media pada 8 Januari 2022.
  • Menurutnya, ia bermula pada 7 Januari (jam 6.19 petang) ketika Datuk Seri Azman Ujang menghantar pesanan WhatsApp kepada beliau.
  • Pesanan itu kemudian disambut Datuk David Chua Kok Tee (jam 6.22 petang) dan Tan Sri Ismail Omar (jam 6.27 petang), semuanya dalam tempoh tidak sampai 10 minit.
  • Abu Zahar menyatakan persetujuan untuk mengadakan Perjumpaan Tertutup tersebut, diadakan pada 11 Januari 2022, jam 10 pagi di Pejabat Akademi SPRM di Jalan Duta Kuala Lumpur.
  • Pada 8 Januari 2022, beliau mendapati semua enam Ahli-ahli LPPR tersebut telah mengadakan mesyuarat di antara mereka terlebih dahulu tanpa memberitahunya dan mereka telah mengeluarkan kenyataan media.
  • Abu Zahar bersedia untuk mana-mana pihak atau organisasi menyiasatnya pada bila-bila masa.
  • Tegasnya, yang lebih penting ialah kedudukan Institusi SPRM mendapat sokongan daripada rakyat, yang tujuan utamanya memerangi gejala Jenayah Rasuah dan Salah Guna Kuasa tanpa khuatir, “without fear or favour”.




[TERKINI] Sidang Media Tan Sri Abu Zahar Ujang

Must Watch Video