Skip to main content

Malaysia

Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini

81687154272_Wuquf.jpg
KUALA LUMPUR: Mahkamah Agung Arab Saudi pada Khamis mengumumkan hari Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.

β€œDengan itu, hari Wukuf di Arafah jatuh pada Sabtu, 15 Jun, manakala Ahad, 16 Jun akan menjadi hari pertama Aidil Adha,” kata kenyataan Mahkamah Agung Saudi.

Sehubungan itu, Jumaat, 7 Jun merupakan hari pertama Zulhijjah menandakan bermulanya musim haji 1445 hijrah.

Hari pertama Aidiladha pula adalah pada hari ke-10 Zulhijjah iaitu pada 16 Jun, manakala hari Arafah jatuh pada hari kesembilan Zulhijjah iaitu pada 15 Jun.

Sementara itu, negara-negara di Asia Tenggara termasuk Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia akan menyambut Aidiladha pada Isnin, 17 Jun.







Must Watch Video