Skip to main content

Malaysia

Gangguan teknikal: Tren ETS EP9130 ke Butterworth dijangka lewat lebih dua jam

KUALA LUMPUR, 24 Dis -- Warga kota mengambil kesempatan menggunakan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk pulang ke kampung halaman dan bercuti bersama keluarga sempena cuti Hari Natal 2024 yang bakal disambut esok.  Sambutan Hari Krismas atau dipanggil Hari Natal disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut agama Kristian.   --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Tren berkenaan yang berlepas dari KL Sentral pada 1.40 tengah hari dijangka tiba di Stesen Butterworth pada 8.22 malam ini berbanding jadual asal 5.45 petang. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) EP9130 dari KL Sentral ke Butterworth dijangka mengalami kelewatan kira-kira 157 minit daripada jadual asal susulan gangguan teknikal di Rasa, Hulu Selangor.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan berikutan gangguan tersebut, tren berkenaan yang berlepas dari KL Sentral pada 1.40 tengah hari dijangka tiba di Stesen Butterworth pada 8.22 malam ini berbanding jadual asal 5.45 petang.

“Gangguan akibat masalah teknikal di stesen Rasa berlaku pada 3.02 petang ini,” menurut kenyataan itu.

KTMB memaklumkan berikutan gangguan itu, perkhidmatan tren Komuter serta ETS di laluan sama turut mengalami kelewatan sekitar 15 minit berikutan penggunaan satu landasan.

“Penumpang dinasihatkan mendapatkan bantuan daripada kakitangan stesen bertugas dan mengikuti maklumat terkini yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

“KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Terima kasih atas perhatian anda,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video