Skip to main content

Malaysia

Dua suspek kes bunuh OKU direman enam hari

Dua lelaki direman enam hari pada Ahad bagi membantu siasatan kes bunuh OKU pembelajaran yang bekerja sebagai pemasang jubin._Sinar Harian
Dua suspek itu tiba di mahkamah pagi tadi dengan memakai pakaian lokap dan bergari serta diiringi anggota polis. - Gambar/ Sinar Harian

PASIR PUTEH: Dua lelaki berusia 25 tahun direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, Bachok, tiga minggu lepas.

Perintah reman sehingga Jumaat depan dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dua suspek itu tiba di mahkamah pada 9.40 pagi dengan memakai pakaian lokap dan bergari serta diiringi anggota polis.

Pada 15 April, seorang lelaki OKU pembelajaran Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, maut dipercayai akibat dipukul.  

Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia pada 12.55 pagi ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video