Skip to main content

Malaysia

Dua lagi pening dan muntah-muntah lepas pekena kopi 'durjana' ditemui di tong sampah

51510553383_coffeekopi.jpg
Dua lelaki menjadi mangsa terbaru kopi pracampuran yang diakwa dicampur dadah selepas  meminum minuman itu yang  ditemui di dalam tong sampah.

Ketua Polis Daerah Timur laut, Asisten Suprintendan Anuar Omar berkata, kedua- dua lelaki terbabit  terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendakwa mengalami pening dan muntah-muntah selepas meminum kopi jenama pracampuran terbabit.

Katanya, mangsa  seorang warga Bangladesh telah  menerima rawatan pada  Khamis lalu manakala seorang lagi warga tempatan  dimasukkan ke HPP kira-kira jam  2.30 petang kelmarin.

BACA: Kopi durian lalok: 'Ini mungkin kerja sindiket' - Subramaniam

Anuar berkata, berdasarkan soal siasat, mangsa  mendakwa mengalami pening dan  muntah-muntah setelah beberapa minit meminum minuman tersebut sebelum dikejarkan ke hospital.

Katanya, minuman itu diberikan oleh rakannya seorang warga Bangladesh yang menemui bungkusan kopi berkenaan ketika menjalankan kerja-kerja memungut sampah.


Anuar berkata, kedua-duanya bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori kepada sebuah syarikat perkhidmatan kutipan sampah di negeri itu.

Sehubungan itu, polis mengarahkan majikan kepada kedua-dua pekerja terbabit supaya  menyerahkan kopi  tersebut untuk siasatan.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, kopi yang diminum kedua-dua mangsa terbaharu itu adalah daripada jenama sama dengan kopi yang diminum lima mangsa sebelum ini namun  berbeza perisa.


Sehingga kini, seramai tujuh individu telah  menerima rawatan di  HPP akibat diserang gejala seperti sawan dan letih teruk selepas meminum kopi pracampuran yang dicampur dadah yang diberikan individu tidak dikenali.

Must Watch Video