Skip to main content

Malaysia

Dua bekas pengarah 1MDB diburu Bank Negara

41435653274_BankNegaraMalaysia.jpg
Bank Negara Malaysia (BNM) mencari dua individu bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi, BNM memaklumkan individu berkenaan adalah Casey Tang Keng Chee, 50 tahun dan Jasmine Loo Ai Swan, 42 tahun.

Kedua-dua individu terbabit dilaporkan pernah memegang jawatan Pengarah Eksekutif  syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

BNM turut memaklumkan tiada sebarang ganjaran akan diberikan kepada mereka yang menyalurkan maklumat berhubung dua individu berkenaan.

bank negara
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung dua individu berkenaan boleh menghubungi BNM di talian 03-26988044 ext. 8554 / 7610 atau melaporkannya di balai polis berhampiran.

Must Watch Video