Skip to main content

Malaysia

COVID-19: Sasar kadar jangkitan kes satu angka

41588140081_SARINGANjpg.jpg
Kerajaan komited menyasarkan untuk mengurangkan kadar kes jangkitan COVID-19 pada satu angka dalam tempoh dua minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sasaran itu akan dicapai sekiranya aspek pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi semua pihak.

"Kepatuhan tinggi terhadap SOP PKPB dapat mengawal dan mengurangkan jangkitan kes dan setakat ini baru minggu pertama (PKPB) dilaksanakan dan perlu lihat dalam tempoh dua minggu lagi.

"Selepas ini kita akan lihat perkembangan menerusi kaedah baru PKPB sama ada akan beri impak tinggi untuk menurunkan kes sehingga mencapai kawalan penularan COVID-19," katanya dalam sidang media harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, kerajaan turut berusaha untuk mengekalkan kadar jangkitan pada dua angka kes setiap hari.

"Meskipun kita ada tiga kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan kluster baharu yang telah dikenal pasti, namun kita harap dapat kekalkan jumlah dua angka bagi jangkitan kes setiap hari dalam tempoh ini.

"Dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi, kita akan tahu perkembangan kaedah baharu PKPB yang akan memberi impak tinggi sekali gus berjaya menurunkan kes jangkitan serta dapat mengawal COVID-19 dalam masyarakat," jelas beliau.

BACA: COVID-19: Aktiviti pendekatan tertumpu beri impak positif - KP Kesihatan

Must Watch Video