Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Mac 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Mac 2026.

1. Hina agama: Dakwaan kerajaan 'senyap' tidak berasas, siasatan sedang dilaksanakan - PM Anwar

Tuduhan bahawa kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung insiden memijak al-Quran adalah tidak berasas, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

2. PDRM diarah utamakan siasatan setiap aduan komplot jatuhkan kerajaan - Saifuddin

Polis Diraja Malaysia diarah untuk memberikan keutamaan dan fokus sepenuhnya dalam membuka kertas siasatan bagi setiap aduan yang diterima berkaitan dakwaan wujud komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

 

3. Kebebasan bersuara tidak boleh diguna untuk hina agama - ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia mengingatkan masyarakat bahawa kebebasan bersuara di negara ini tidak bermaksud kebebasan untuk menghina agama.

 

4. Empat ditahan, kes tetak di hadapan pusat beli-belah selesai

Polis percaya dapat menyelesaikan kes seorang lelaki diserang dan ditetak sehingga cedera parah di sebuah pusat beli-belah di Jalan Kelawai, di sini Rabu lepas susulan penahanan empat suspek sebelum ini.

 

5. Isu dokumen pemain warisan: TMJ seru kemuka bukti, bukan sekadar teori

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyeru semua pihak supaya tampil dengan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara, sebelum diserahkan kepada agensi berkuasa untuk siasatan lanjut.

 

6. Wisma Putra keluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di 7 negara Asia Barat

Kementerian Luar mengeluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di tujuh negara di Asia Barat memandangkan perkembangan terkini di rantau itu.

 

7. Jemaah terkandas di Jeddah beli sendiri tiket penerbangan pulang

Sebahagian jemaah umrah warga Malaysia yang terkandas di Jeddah, Arab Saudi membeli tiket penerbangan sendiri untuk pulang ke tanah air selepas penerbangan gantian Malaysia Airlines (MAS) ditunda sekali lagi ke Rabu ini (4 Mac).

 

8. BN lihat keperluan penjenamaan semula, tampil lebih progresif dan inklusif - Zambry
 

Barisan Nasional (BN) melihat keperluan penjenamaan semula gabungan itu agar tampil lebih progresif dan inklusif, selari dengan aspirasi rakyat pada masa kini tanpa meninggalkan asas perjuangan serta nilai teras gabungan.

 

9. Kerajaan MADANI tegas tolak sebarang penghinaan terhadap al-Quran - PM Anwar
 

Kerajaan MADANI menegaskan tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak menghina al-Quran di negara ini dalam apa jua bentuk, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

10. Rakyat Malaysia di Mesir diminta elak kawasan demonstrasi, tumpuan pihak keselamatan
 

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah meminta semua rakyat Malaysia di Mesir supaya mengelakkan kawasan demonstrasi awam dan lokasi yang menjadi tumpuan kehadiran pihak keselamatan. 

 

 

Must Watch Video