Skip to main content

Malaysia

Beberapa sasaran ETP yang tidak dicapai

41363741444_295x200.jpg
Sedang kerajaan mencapai hampir keseluruhan sasaran Program Transformasi Ekonomi, walau bagaimanapun, terdapat beberapa sasaran yang tidak dicapai.

Berikut merupakan beberapa sasaran yang tidak berjaya dicapai.

  • NKEA Minyak Sawit dan Getah – Jumlah pelaburan yang direalisasikan dalam sektor bahan terbitan oleo. Sasaran: RM500 juta. Sebenar: RM220.2 juta.
  • NKEA Minyak Sawit dan Getah – Pengkomersilan biobahan api generasi kedua. Sasaran: 60 peratus penyiapan. Sebenar: 29.38 peratus.
  • NKEA Greater Kuala Lumpur / Klang Valley – Program Returning Expert. Sasaran: 1,200. Sebenar: 920.
  • NKEA Greater Kuala Lumpur / Klang Valley – Employment Pass (Kategori II). Sasaran: 300. Sebenar: 31.
  • NKEA Minyak, Gas dan Tenaga – Pengeluaran dari Kawasan Pinggiran, bilangan telaga minyak yang telah diteroka. Sasaran: tidak diketahui. Sebenar: 18-76 peratus daripada target yang dicapai.
  • NKEA Perkhidmatan Kewangan– Program pemberhentian pelaburan syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan. Sasaran: 24 syarikat Sebenar: 15 syarikat.
  • NKEA Elektrikal dan Elektronik – Melaksanakan 2 Pusat R&D Pembungkusan Moden. Sasaran: 2 Sebenar: 0.8.
  • NKEA Perkhidmatan Perniagaan -- Pendapatan daripada Enjin MRO (Penyelenggaraan, pembaikkan dan operasi) . Sasaran: RM1.6 juta. Sebenar: RM750 juta.
  • NKEA Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi -- Bilangan sekolah luar bandar disambungkan sehingga 4Mbps (julat 2-4 Mbps). Sasaran: 3,978 buah sekolah. Sebenar: 1,233 buah sekolah.

Maklumat ini diperoleh dari laporan tahunan Program Transformasi Ekonomi 2012. Maklumat tersebut boleh diperoleh oleh orang ramai di laman web  Performance Management Delivery Unit (PEMANDU).

etp

Must Watch Video