Skip to main content

Malaysia

Bas ekspres terhumban ke dalam gaung di Sandakan, empat cedera

51412517253_295x200.jpg
Empat cedera selepas sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu terhumban ke dalam gaung di KM64, Jalan Sandakan-Telupid hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata pemandu bas Mohd Zaki Mubri, 30, mengalami cedera parah di kepala manakala tiga penumpang mengalami cedera ringan.

Katanya tiga penumpang yang cedera dikenal pasti sebagai Endryia Mayling, 18, Asdian Masmud, 37, dan Marmu Hisyam, 43.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 pagi dan bas ekspres tersebut membawa 44 penumpang, katanya di sini, hari ini.

Menurutnya siasatan awal mendapati bas tersebut hilang kawalan lalu terbabas sebelum terhumban ke dalam gaung.

Beliau berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Must Watch Video