Skip to main content

Malaysia

Banjir Sabah tidak banyak berubah

61736855519_TBPPSKOTATINGGI.jpg
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara di Dewan DUN Banir yang dibuka sejak 25 Feb lepas. - Gambar fail

KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Sabah tidak banyak berubah apabila merekodkan 81 mangsa daripada 28 keluarga di Beaufort setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, angka itu hanya berkurangan seorang daripada satu keluarga berbanding 82 mangsa daripada 29 keluarga yang direkodkan pada 4 petang semalam.

"Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara di Dewan DUN Banir yang dibuka sejak 25 Feb lepas," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan hanya lima kampung masih terkesan banjir pagi ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video