Skip to main content

Malaysia

Banjir: ICQS Rantau Panjang ditutup - JIM Kelantan

81645999334_AnggotaATMbantu.jpg
PASIR MAS: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini, terpaksa ditutup ekoran banjir yang melanda pekan Rantau Panjang dan sekitar sejak Sabtu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan Azhar Ab Hamid berkata kesemua kenderaan komersil, diminta menggunakan laluan alternatif di ICQS Bukit Bunga, Tanah Merah yang masih dibuka seperti biasa.

"Kesulitan yang berlaku disebabkan kakitangan bertugas tidak dapat akses ke ICQS Rantau Panjang, disebabkan laluan sudah dinaiki air hampir sedalam satu meter," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan supaya pengguna mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa termasuk negara jiran, untuk sebarang prosedur terkini.

-- BERNAMA




Must Watch Video