Skip to main content

Malaysia

Bahas PPM2018: MCKK bawa semangat 2014

51532054801_debatawani.jpg
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sekali lagi bakal berentap pada pertandingan akhir bahas Piala Perdana Menteri ke-45/2018 antara sekolah-sekolah berasrama penuh tahun ini.

Pada edisi kali ini, MCKK berjaya melayakkan diri dalam dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Debat itu akan menyaksikan pertembungan di antara pembahas dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya bagi kategori Bahasa Melayu dan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya bagi Bahasa Inggeris.


Pertandingan akhir Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) bakal berlangsung di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, 21 Julai ini.

Astro AWANI bakal membawakan secara langsung sesi bahas ini eksklusif di Saluran 501 AWANI dan www.astroawani.com/live-tv seawal jam 8.30 pagi, Sabtu ini.

Jangan lupa, tonton!

Must Watch Video