Skip to main content

Malaysia

Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas

41732482471_MohamadEzriAbdulW.jpg
KOTA BHARU: Mediasi telah terbukti sebagai kaedah paling bermanfaat bagi alternatif penyelesaian kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh di mahkamah.

Yang Dipertua Badan Peguam Malaysia Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata Pusat Mediasi Kelantan (PMK) akan mengendalikan sesi mediasi di negeri ini dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.

"Penubuhan pusat sebegini, terutama di kawasan-kawasan yang berbeza di Malaysia adalah penting bagi memastikan keperluan penyelesaian pertikaian bagi semua rakyat Malaysia dapat dipenuhi," katanya kepada Bernama selepas merasmikan PMK di Bar Auditorium, Tanjong Mas di sini, pada Ahad.

Mohamad Ezri berkata mediasi menyediakan suasana yang lebih manusiawi selain menggalakkan penyelesaian pertikaian berbanding dengan litigasi konvensional yang sering bersifat pertentangan.

-- BERNAMA




Must Watch Video