Skip to main content

Malaysia

Anwar terlibat dalam kemalangan kecil, retak tangan

61399995715_295x200.jpg
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas pada jam 10 malam tadi.

Menurut Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan, Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu.

Beliau bagaimanapun berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga berada dalam keadaan selamat.

Kedua-dua Anwar dan Dr Wan Azizah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan.

Must Watch Video