KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan ramalan cuaca buruk itu melibatkan seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim
Di Johor melibatkan kawasan Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Sementara itu, di Sarawak amaran berkenaan meliputi kawasan Sri Aman, Sarikei (Sarikei), Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Telang Usan).
-- BERNAMA