Skip to main content

Malaysia

Akhbar Tamil Nesan akan ditutup pada 1 Februari

61548691681_TamilNesan.jpg
Surat khabar Tamil Nesan, antara surat khabar yang tertua di Asia Tenggara akan ditutup 1 Februari ini selepas 96 tahun beroperasi.

Pengarah Urusan Tamil Nesan Datuk Seri S Velpaari ketika dihubungi Bernama News Channel (BNC) mengesahkan akhbar itu yang mula beroperasi pada tahun 1924 akan ditutup.

Isu pertama akhbar Tamil Nesan diterbitkan pada 24 September 1924 dan disasarkan untuk masyarakat India.

Selain Tamil Nesan, akhbar Tamil di negara ini termasuk Malaysian Nanban, Makkal Osai dan Tamil Malar.

-- BERNAMA



Must Watch Video