Skip to main content

Malaysia

Ahli perniagaan maut ditembak jarak dekat

71453072164_ArmedRobbery.jpg
Seorang ahli perniagaan berusia 43 tahun mati ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.15 petang ketika mangsa dikatakan keluar daripada hotel bajet dan berjalan melintasi sebuah salun kecantikan di Jalan Kuchai Lama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata, saksi memaklumkan mangsa ditembak seorang individu bermotosikal yang melarikan diri selepas kejadian berkenaan.

"Suspek memakai topi keledar hitam, berbaju biru dan bertopeng itu telah melepaskan satu tembakan ke arah mangsa," katanya dalam kenyataan di sini.

Sharul berkata siasatan awal polis mendapati mangsa berasal dari Mentakab, Pahang, mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah, dan berada dalam senarai individu yang dikehendaki polis.

"Polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai suspek," katanya.

Difahamkan, mangsa telah menginap di hotel itu sejak tiga hari lepas dan motif kejadian mungkin akibat cemburu.

Must Watch Video