Skip to main content

Malaysia

Agong dipersembah perkembangan pentadbiran, kemajuan projek Johor

 Agong terima mengadap MB Johor
Sultan Ibrahim (kanan) berkenan menerima menghadap Onn Hafiz (kiri) dan Abd Aziz dan dipersembah taklimat perkembangan semasa mengenai pentadbiran serta kemajuan projek pembangunan negeri Johor di Istana Pasir Pelangi. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan dipersembah taklimat perkembangan semasa mengenai pentadbiran serta kemajuan projek pembangunan negeri daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Seri Paduka Baginda yang juga Sultan Johor turut dipersembah dengan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi memperkukuh ekonomi dan kesejahteraan rakyat. 

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, perkembangan berkenaan dipersembahkan dalam sesi menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Pasir Pelangi, di sini. 

Hadir sama Penasihat Undang-Undang Johor, Datuk Abd Aziz Engan.

-- BERNAMA

Must Watch Video