Skip to main content

Malaysia

4 penjenayah insiden samun di Wangsa Maju ditembak mati

61494488161_tembaksuspek.jpg
Empat penjenayah ditembak mati selepas melakukan samun di Seksyen 10, Wangsa Maju berhampiran Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), dekat sini.

Mereka yang dipercayai ahli 'geng Civic' itu ditembak anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur selepas menyamun seorang mangsa yang baru saja mengeluarkan wang di bangunan tersebut.

Kejadian disedari pihak polis yang berada di kawasan berdekatan, disusuli insiden tembak menembak.

Mangsa samun dilaporkan selamat dan hanya mengalami cedera ringan.


Must Watch Video