Skip to main content

Malaysia

34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan

41731060729_JapanAirlines.jpg
CHIBA (JEPUN): Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo, memetik pegawai perkhidmatan kecemasan tempatan.

Menurut pejabat lapangan terbang Narita dan pihak berkuasa dari Wilayah Chiba, berhampiran Tokyo, 16 orang berada dalam Penerbangan 942 Japan Airlines dan 18 lagi dalam Penerbangan 873 United Airlines, yang kedua-duanya mendarat di lapangan terbang Narita pada Khamis malam .

Beberapa penumpang dilaporkan merasa tidak sihat sebelum menaiki penerbangan, dan Japan Airlines memaklumkan kepada pegawai lapangan terbang yang makanan dalam pesawat dipercayai bukan merupakan punca kejadian.

-- BERNAMA


Must Watch Video