Skip to main content

Malaysia

10 kereta terlibat kemalangan di Batu 3, Shah Alam

71430221399_295x200.jpg
Sepuluh kenderaan berlanggar sesama sendiri menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 1.5 kilometer di Batu 3, Shah Alam, hari ini.

Pihak Trafik Shah Alam yang mengesahkan kejadian itu berkata bahawa tiada nyawa yang terkorban dalam kejadian itu dan mangsa-mangsa yang terlibat hanya cedera ringan.

Ia difahamkan kenderaan yang berlanggar termasuk sebuah trailer.

Sementara itu, gambar kejadian itu tersebar luas di laman media sosial di mana ramai pengguna media sosial menasihatkan pengguna jalan raya untuk mengelakkan kawasan kemalangan terbabit.






Must Watch Video