Skip to main content

Malaysia

1 Ogos diisytihar cuti umum di Pahang

41638351013_KLPARLIM.jpg
KUANTAN: Kerajaan Pahang mengumumkan 1 Ogos depan sebagai Hari Kelepasan Am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, keputusan itu bagi menjunjung titah perintah baginda.

“Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur sempena Hari Keputeraan baginda telah ditetapkan pada 1 Ogos 2022.

“Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri telah menetapkan tarikh terbabit sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang sahaja bagi tahun ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Must Watch Video