Skip to main content

Hiburan

Trailer filem Villa Nabila didedahkan, temui penonton 15 Januari

41415776601_295x200.jpg
Trailer filem seram eksperimental, Villa Nabila arahan pengarah muda, Syafiq Yusof sudah mula dimuatnaik di laman YouTube sejak semalam.

Filem yang berkisarkan kisah benar rumah berhantu Villa Nabila yang terletak Johor Bahru itu bakal ditayangkan pada 15 Januari 2015.

Syafiq, 22 merupakan anak bongsu kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam menyampai kisah yang benar-benar terjadi mengenai rumah tersebut dalam bentuk dokumentari.

Kisah bermula selepas peristiwa kehilangan seorang remaja di Villa Nabila menjadi ‘viral’ di kalangan masyarakat.

Bertitik tolak dari situ, Syafiq menemubual beberapa individu termasuk dua kontraktor yang mendakwa pernah mengalami peristiwa misteri di rumah tersebut dan menjadikannya sebuah filem.

Syafiq sebelum ini pernah menghasilkan dua buah filem iaitu SAM dan Abang Long Fadil.

Filem Villa Nabila dijayakan oleh pelakon utama  Pekin dan Tisya Shamsir.

Must Watch Video