Skip to main content

Hiburan

Selebriti tidak endahkan memo di Grammy

81360556387_295x200.jpg
Rangkaian televisyen AS, CBS telah pun mengeluarkan amaran agar tidak berpakaian yang mendedahkan  pada anugerah Grammy ini, namun begitu sebilangan bintang ternama ini dilihat bagai sengaja melanggar amaran dengan memakai gaun yang mendedahkan di acara karpet merah majlis tersebut.

Jennifer Lopez dilihat menolak tepi kod berpakaian yang telah ditetapkan dengan memakai gaun hitam yang seksi yang mendedahkan sebelah kakinya.

“Mereka tidak menyebut apa-apa tentang kaki” jawabnya ketika ditanya oleh pengacara karpet merah, Ryan Seacrest.


Sebelum itu, CBS telah pun menghantar emel peringatan kepada semua media mengenai kod berpakaian ke anugerah Grammy.  Menurut emel tersebut, bahagian punggung dan payudara wanita perlu ditutup sepenuhnya.

“Pakaian yang  jenis Thong (ala pakaian dalam) tidak dibenarkan. Elakkan berpakaian yang  menjolok mata yang mendedahkan punggung” Kata isi surat dari Jabatan Latihan dan Piawaian CBS kepada semua wakil-wakil artis.

Antara isi surat itu lagi  “Pakaian yang mendedahkan sisi tepi, bawah lengkungan payudara juga tidak dibenarkan. Sila elakkan pakaian jarang yang menonjolkan payudara wanita”

Katy Perry sememangnya tidak mendapat memo tersebut bila dia dilihat memakai gaun hijau pudina yang menutup seluruh tubuhnya namun tidak sebahagian payudaranya.

Rihanna pula memakai gaun jarang merah yang direka oleh Azzedine Alaia yang jelas menampakkan payudaranya.


Artis pop Taylor Swift bergemerlapan dengan gaun putih oleh pereka J. Mendel yang mendedah lurah dadanya.

Pada persembahan pembukaan pula, Swift  memakai kostum ‘Ringmaster’ dengan seluar pendek dan kasut but tinggi, tiada bahagian menjolok mata didedahkan.

Pemenang Oscar, Nicole Kidman turut datang menemani suaminya Keith Urban, memakan gaun emas Vera Wang yang jarang dibahagian kaki begitu juga Carrie Underwood yang dilihat memakai gaun tanpa lengan dari pereka Roberto Cavalli yang juga jarang di bahagian kaki.

Adele, pemenang  enam anugerah Grammy tahun lepas, dilihat antara yang mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Dia memakan gaun merah floral pendek paras lutut oleh pereka Valentino.

Must Watch Video