Skip to main content

Hiburan

Sakit, tapi bukan mengandung dengan Ismail Izzani - Zarina Anjoulie

61536048014_zarinaismailkantoi.jpg
SELEPAS foto mesranya seperti dipeluk oleh penyanyi Ismail Izzani tersebar, nama Zarina Anjoulie, 32, kembali panas pada hujung minggu lalu.

Malah ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan sebenar Zarina dengan penyanyi muda yang baru berusia 18 tahun.

Terbaharu, menerusi kemas kini Zarina di akaun Instagram (IG) miliknya memberitahu dia kini sedang sakit tetapi bukan kerana hamil anak Ismail atau digelar sebagai nama Mail.

"Anju jangan mati dulu orang semua nak dengar cerita pasal Mael (Ismail Izzani)... ok ok aku cuba aku tengok bill pun Aku dah mati 2 kali tadi bangun balik untuk mengucap now nak mati balik ni . 

"Demam tonsil tahap nak mati. Bukan mengandung dengan Mail," katanya.

Terdahulu, foto mesra Zarina dengan penyanyi itu tersebar selepas rakan baiknya, Fathia Latiff di IGnya  meminta penyanyi lagu "Luar Biasa" itu menghubungi pelakon drama Anak Pontianak tersebut.

Bagaimanapun, Fathia bertindak memadam gambar tersebut tidak lama kemudian selepas pengikutnya menghentam Zarina yang berpakaian seksi dalam foto berkenaan.

Selain itu, Ismail telah pun tampil meminta maaf atas keterlanjurannya.



Must Watch Video