Skip to main content

Hiburan

Ramli Sarip: Usah ambil mudah kerjaya penghibur

51361439096_295x200.jpg
Kelahiran ramai artis baru dan muda menerusi saluran video YouTube dilihat dapat memberikan  nafas baru kepada industri seni tanah air.

Namun bagi penyanyi berpengalaman seperti Ramli Sarip, golongan itu tidak seharusnya mengambil jalan mudah kerjaya sebagai penghibur.

Ujian sebenar katanya, sejauh mana mereka mampu memberikan yang terbaik apabila beraksi secara langsung.

“Penyanyi muda harus membuktikan kehebatan mereka di atas pentas,” kata Ramli.

Ramli yang turut terkenal dengan jolokan 'Papa Rock' menambah, penyanyi baru juga perlu memberi tumpuan pada kerjaya dengan mendisiplinkan diri serta mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang kuat.

Menurut Ramli, dengan pertambahan  penyanyi baru di dalam persada hiburan tanahair,  ia merupakan satu perkara yang positif dan beliau tidak merasa tergugat dengan kehadiran mereka.

Ramli Sarip yang dahulunya bersama kumpulan Sweet Charity kali terakhir mengeluarkan album solo pada tahun 2002  dengan judul Kalam Kesturi.

Must Watch Video