Skip to main content

Hiburan

Noryn Aziz selamat lahirkan bayi lelaki

81407569342_295x200.jpg
Penyanyi jazz Noryn Aziz selamat lahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur semalam.

Bayi lelaki seberat 3.13kg dilahirkan secara normal pada jam 4.25 petang Isnin.

Menerusi satu kiriman WhatsApp daripada pengurusnya, Noryn berkata beliau sangat gembira dan bersyukur di atas kelahiran bayi sulungnya.

Pada awal bulan Ogos, penyanyi berkenaan dilanda trauma dengan kejadian rompakan membabitkan empat lelaki berparang.

Kejadian berkenaan terjadi di hadapan kediamannya di Damansara Heights Kuala Lumpur.

Noryn merupakan isteri kepada arkitek terkenal dan juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah sejak 2010.

Noryn terkenal dengan album-album beliau sebelum ini iaitu Fantasi O Reality, Alam Maya dan I’m Alright

Topic Berkaitan

Must Watch Video