Skip to main content

Dunia

Video kapten tinggalkan feri karam didedahkan

41398731041_295x200.jpg
Pengawal Pantai Korea Selatan mendedahkan satu lagi video bagaimana kapten Feri Sewol diselamatkan ketika nahas berlaku.

Video berkenaan dirakamkan di perairan Jindo pada 16 April.

Lee Joon Seok yang memakai baju sejuk dengan jelas dapat dilihat meninggalkan feri yang sedang karam dan memasuki bot penyelamat.

Pegawai pengawal pantai, Kim Kyung Il memberitahu, kru feri tidak memberitahu anggota penyelamat bahawa mereka adalah anak kapal.

Tambahnya, pada hari kejadian semua mangsa memakai jaket keselamatan dan adalah sukar untuk membezakan mereka.


Must Watch Video