Skip to main content

Advertisement

Dunia

UAE berjaya lancarkan misi ke bulan

71670832275_ReemAlMehisni.jpg
ANKARA: Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad mendedahkan rover penjelajah angkasa lepas pertama buatan tempatan bagi meneroka bulan 'Rashid Rover' berjaya dilancarkan.

Rashid Rover berlepas menerusi roket Falcon 9 milik Amerika Syarikat, SpaceX dari Stesen Angkasa Cape Canaveral di Florida pada Ahad.

Perjalanan ke bulan dijangka mengambil masa kira-kira lima bulan berikutan penggunaan sistem jimat tenaga, manakala misi penerokaan di bulan akan mengambil masa lebih 14 hari, lapor Agensi Anadolu.

"UAE melancarkan rover penjelajah 'Rashid Rover' untuk mendarat di bulan, dan ia akan menjadi misi lunar keempat di dunia dan yang pertama bagi dunia Arab sekiranya berjaya dilaksanakan," kata Timbalan Presiden dan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum menerusi ciapan di Twitter.

-- BERNAMA

Must Watch Video