Skip to main content

Dunia

Trump “jangka terima jawapan Iran” mengenai pelan damai AS tidak lama lagi

U.S. President Donald Trump holds a press briefing at the White House, following a shooting incident during the annual White House Correspondents’ Association dinner, in Washington, D.C., U.S., April 25, 2026 REUTERS/Jonathan Ernst
Trump berkata rakyat Iran “masih sangat berminat untuk mencapai kesepakatan.” - Gambar/ Reuters

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu berkata beliau menjangka menerima maklum balas daripada Iran tidak lama lagi mengenai pelan damai terbaharu Washington, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam perbualan telefon dengan stesen televisyen Perancis, LCI, Trump berkata rakyat Iran “masih sangat berminat untuk mencapai kesepakatan.”

Ketegangan serantau meningkat secara mendadak sejak AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Feb lepas, yang mencetuskan serangan balas Iran terhadap Israel dan sekutu AS di Teluk, selain penutupan Selat Hormuz.

Gencatan senjata mula berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan. Trump kemudian mengumumkan lanjutan gencatan itu tanpa menetapkan sebarang tarikh akhir.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video