Skip to main content

Dunia

Trump akan umum tindakan perdagangan ke atas tujuh negara

41751609860_trump.jpg
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, pentadbirannya akan mengumumkan tindakan perdagangan melibatkan sekurang-kurangnya tujuh negara pada awal pagi Rabu (waktu tempatan), lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Kami akan mengumumkan sekurang-kurangnya tujuh negara yang terjejas berkaitan perdagangan, esok pagi, dengan beberapa lagi negara akan diumumkan pada sebelah petang," katanya pada Selasa menerusi platform Truth Social miliknya.

"Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini!" tambahnya.

Trump bagaimanapun tidak menjelaskan negara mana yang akan terjejas dengan tindakan itu.

-- BERNAMA



Must Watch Video